Gambar logo dan tema Hari Kemerdekaan atau Kebangsaan 2016 di Malaysia. Sehati Sejiwa dipilih menjadi tema utama Hari Kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos 2016. Tema “Sehati Sejiwa” mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat Malaysia. Untuk info, bermula tahun 2015 Hari Malaysia dan Hari Kemerdekaan tidak lagi menggunakan perkataan “ulang tahun” seperti contoh “kali ke-58” tetapi sebaliknya menggunakan tahun iaitu “2016”. Tujuan ini adalah untuk menyeragamkan antara Sarawak, Sabah dan Semenanjung kerana penggabungan Malaysia yang sebenarnya adalah pada 16 September, dan kemerdekaan pada 31 Ogos hanya melibatkan Semenanjung sahaja.

Tema Hari Kemerdekaan 2016 Malaysia

Sehati Sejiwa – Melambangkan perpaduan antara Sabah, Sarawak dan Semenangjung. Sehati sejiwa turut membawa maksud bersama membantu antara satu sama lain jika sesebuah negeri mengalami malapetaka.

Logo Hari Kemerdekaan 2016 Malaysia

LEAVE A REPLY