Liverpool diaib, Chelsea bangkit

Chelsea mencatat kemenangan 1-0 ke atas barisan 10 pemain Stoke dan memberikan kemenangan pertama buat pengurus sementara Roberto Di Matteo dalam tugasannya di Stamford Bridge selepas pemecatan Andre Villas-Boas.

Ricardo Fuller dibuang padang pada babak pertama kerana memijak Branislav Ivanovic, dan Didier Drogba akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke-68 untuk memberikan Blues tiga mata.

Ia adalah jaringan kelapan Drogba musim ini dan ke-100 baginya dalam Liga Perdana dan memastikan Chelsea terus menghambat Arsenal dalam perebutan tempat keempat liga dan tiket ke Liga Juara-Juara musim depan.

Nicklas Bendtner pula menjaringkan gol tunggal untuk memastikan Sunderland meraih tiga mata di gelanggang sendiri hasil kemenangan 1-0 ke atas Liverpool.

Berikut adalah keputusan penuh perlawanan Liga Perdana Inggeris yang berlangsung malam tadi (waktu Malaysia).

Bolton (2) – QPR (1)

Aston Villa (1) Fulham (0)

Chelsea (1) Stoke (0)

Sunderland (1) Liverpool (0)

Wolves (0) Blackburn (2)

Everton (1) Tottenham (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.