Liga Juara: Bayern Munich ke final, temu Chelsea

By | August 19, 2014

Penjaga gol Bayern Munich, Manuel Neuer muncul wira selepas membantu pasukannya mara ke perlawanan akhir kejohanan Liga Juara-Juara Eropah dengan menundukkan Real Madrid 3-1 menerusi sepakan penalti, awal pagi tadi.

Beliau yang juga penjaga gol utama pasukan kebangsaan Jerman berjaya menghalang dua sepakan penalti awal pasukan tuan rumah yang masing-masing diambil oleh Cristiano Ronaldo dan Kaka.

Sepakan penalti kemenangan Bayern Munich berjaya disempurnakan Bastian Schweinsteiger apabila Sergio Ramos merembat tinggi sepakan yang diambil sebelumnya.

Sementara itu, pada awal babak pertama perlawanan, Ronaldo menjaringkan dua gol, tetapi hasrat pasukan bimbingan untuk ke perlawanan akhir kelihatan samar apabila Arjen Robben berjaya menjaringkan satu gol sebelum tamat babak pertama.

Bayern Munich akan bertemu Chelsea dalam perlawanan akhir yang akan diadakan pada 19 Mei depan di gelanggang sendiri Allianz Arena, Munich.

Author: Ali Wowberita

Ali merupakan salah seorang penulis di Wowberita.org. Mula menulis sejak 2011 sehingga sekarang. Seorang pemegang ijazah Sarjana Muda Komunikasi dari UiTM Shah Alam.

Leave a Reply