Seorang lelaki terpaksa dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru bagi mengeluarkan cincin yang tersekat pada kemaluannya sehingga membengkak.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, berkata lelaki tempatan berusia 41 tahun itu kini menjalani pembedahan di HSA bagi mengeluarkan cincin berkenaan selepas menanggung kesakitan selama hampir tiga hari.

“Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 2 petang tadi berhubung kejadian berkenaan.

“Bagaimanapun, pihak bomba tidak menjalankan operasi memotong cincin berkenaan dan kes itu diserahkan kepada pihak hospital yang melakukan pembedahan bagi mengeluarkan cincin itu,” katanya.

LEAVE A REPLY