Seorang petani menghadapi tuduhan membunuh seleps dia memenggal isterinya dengan pedang sebelum menjinjing kepala mangsa ke balai polis.

Narayan Singh, 38, melakukan kekejaman itu selepas dia menangkap isterinya bersetubuh dengan lelaki lain di ladangnya.

Ini bukan kali pertama dia menangkap isterinya curang.

Penduduk kampung berkata, selepas menemui isterinya bersetubuh dengan lelaki lain minggu lalu, Singh terus memenggal mangsa dengan pedang yang dibawanya.

Menurut saksi, penduduk yang terkejut dengan kejadian itu menelefon polis. Bagaimanapun, sebelum polis tiba, Narayan berjalan kira-kira tiga kilometer ke balai polis terdekat dengan menjinjing kepala isterinya.

LEAVE A REPLY