Kalau di Malaysia, kes curi tabung masjid sudah biasa kita dengar dan kebiasaannya jika pesalah dicekup orang ramai, individu terbabit akan terus diserahkan kepada pihak polis.

Tetapi lain jadinya di Jakarta, Indonesia apabila seorang lelaki – yang hanya dikenali sebagai MA — dibakar hidup-hidup selepas dituduh mencuri tiga pembesar suara daripada sebuah masjid di Suka Tenang, Bekasi, Jawa Barat, kelmarin.

MA dilaporkan dicekup ketika sedang cuba mengalihkan pembesar suara tersebut tengah hari Selasa.

Walaupun berjaya melarikan diri dengan terjun ke dalam sungai kawasan tersebut, MA ditangkap penduduk kampung yang menunggu di tebing sebelum mereka bertindak memukul dan menyimbah minyak patrol ke tubuhnya lalu membakarnya hidup-hidup.

MA meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian sebelum mayatnya dibawa ke ke Hospital Polis Kramat Jati.

Bagaimanapun, timbul laporan mengatakan mangsa bukanlah pencuri dan pembesar suara di masjid tersebut tidak pernah hilang.

Sebaliknya, mangsa merupakan tukang servis televisyen, dan pembesar suara yang dibawanya itu merupakan miliknya sendiri namun maklumat tersebut masih belum mendapat pengesahan.

Ketua Polis Bekasi, Asep Adi Saputra berkata, pihaknya telah merampas pembesar suara serta sebuah motosikal milik mangsa.

“Kita tidak boleh melaksanakan hukuman sesuka hati kerana Indonesia mempunyai undang-undang bagi menghukum setiap pesalah,” kata Asep.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.