Surat letak jawatan seorang lelaki yang dipercayai berasal dari Johor viral selepas dia menyatakan sebab di sebalik keputusannya berbuat demikian kerana Malaysia sudah “ubah”.

Nick Tang Choon Hwee menurut laporan China Press, dalam surat bertarikh 10 Mei itu kepada majikan yang dinamakan sebagai Lawrence Lim menyatakan negara tercintanya, Malaysia sudah bersedia menawarkan lebih banyak peluang jadi sudah tiba masanya untuk pulang dan berkhidmat untuk mereka.

“Walaupun saya sekadar menjual nasi ayam, saya masih boleh membayar cukai kepada kerajaan baharu.

“Ini bukan keputusan yang mudah bagi saya, dan saya hargai sokongan anda kepada saya sepanjang berkhidmat di ******** . Saya amat menghargai nilai pengalaman, latihan dan pengetahuan yang diperolehi di sini,” katanya sehari selepas kemenangan Pakatan Harapan (PH).

Screenshot surat tersebut viral di laman sosial selain menjadi berita di akhbar tempatan berbahasa Cina.

Ramai yang terkejut dan memuji patriotisme Nick serta keyakinannya terhadap “Malaysia Baru” yang baru sehari usia ketika dia meletak jawatan.

Mungkinkah lebih ramai rakyat Malaysia di luar negara akan mengambil pendekatan sama jika kerajaan baharu PH membuktikan kemampuan mereka pulihkan ekonomi negara?

Sama-sama kita tunggu dan lihat.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.