Leka layan pelanggan, tak sedar dikepung Imigresen

By | April 13, 2012

Lapan wanita warga Vietnam begitu asyik melayan pelanggan di sebuah premis hiburan di Johor Jaya tanpa menyedari kehadiran pegawai penguatkuasa Imigresen dalam Ops 6P, awal pagi, semalam.

http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.39546.1334274523!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_400/image.jpg
Dalam operasi itu, mereka tergamam dan tidak dapat melarikan diri apabila menyedari premis hiburan sudah dikepung pegawai Imigresen.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen merangkap Ketua Operasinya, Mohamad Nasir Abas berkata, operasi yang bermula kira-kira jam 1.40 pagi dan berakhir hingga sekitar 2.10 pagi turut melibatkan 12 anggota hasil maklumat orang awam.

“Kehadiran anggota operasi tidak disedari kerana kami berpakaian preman dan ketika memasuki premis itu, kebanyakan mereka leka layan pelanggan lelaki sambil menuang minuman keras,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohamad Nasir berkata, lima daripada yang ditahan itu melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) kerana tidak memiliki pasport manakala tiga lagi warga Vietnam disyaki melakukan kesalahan di bawah peraturan 39B Peraturan Imigresen kerana salah guna pas.

“Mereka yang ditahan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007 dan Akta Pasport 1960 kini ditempatkan di Depoh Pekan Nanas untuk tindakan lanjut,” katanya.

Incoming search terms:

Author: Ali Wowberita

Ali merupakan salah seorang penulis di Wowberita.org. Mula menulis sejak 2011 sehingga sekarang. Seorang pemegang ijazah Sarjana Muda Komunikasi dari UiTM Shah Alam.

Leave a Reply