Selepas tewas dalam perlawanan separuh akhir kepada Lee Chong Wei di Olimpik Rio 2016, Lin Dan menulis surat terbuka kepada sahabat lamanya itu.

Jujurnya, sayu membaca penulisan dari Lin Dan ini.

Surat terbuka yang ditulis dalam bahasa cina itu diterjemah oleh seorang pengguna Twitter, @_cfyh dalam bahasa Inggeris. Kami terjemahkan ke Bahasa Malaysia untuk anda. Mungkin ada yang tertinggal atau tidak betul, maafkan kami ya.

Kepada sahabatku, Chong Wei,

Semalam, bila nampak awak baling raket dan melompat menjerit kegembiraan selepas menewaskan saya, saya benar-benar gembira untuk awak. Kita berdua telah mengenali antara satu sama lain 16 tahun lamanya. Masa itu, kita masih muda dan bertenaga. Kemudian, ada Taufiq, Peter Gade, namun kita berdua masih belum cemerlang lagi.

Saya menang dalam perlawanan pertama kita, tetapi tiada yang menyangka selepas bertahun-tahun lamanya, saya telah bermain banyak perlawanan dengan awak. Kita menang dan kalah dan ya, dengan izin, saya mengatakan bahawa saya menang lebih sedikit. Tetapi saya tidak mahu bercakap tentang keputusan menang dan kalah, kerana kita tidak lagi boleh diukur dengan itu.

Ada sesetengah orang memanggil saya “Super Dan” dan ada juga yang berasa sedih untuk awak sebab awak kurang bernasib baik sedikit di belakang saya di mana dalam setiap perlawanan besar, saya akan menang. Namun saya masih bersyukur, disamping kemenangan dan kejuaraan, hubungan “Lin-Lee” masih baik. Kita boleh menjadi seperti Ronaldo dan Meesi, Larry Bird dan Magic Johnson, Federer dan Nadal, yang kekal kerana kewujudan masing-masing.

Kerana awak, saya masih di sini. Hampir semua kejuaraan saya perolehi, namun saya tidak berani untuk melakukan sebarang kesilapan. Boleh dikatakan saya sunyi bila jarang ditewaskan tetapi jika tidak kerana awak yang selalu mengerahkan keringat saya, yang sentiasa menjadi lawan saya di sebalik jaring itu bila di perlawanan akhir.

Awak berusaha keras untuk mengejar saya. Awak tak boleh menerima kekalahan dan saya pula tidak berani buat sebarang kesilapan. Hanya dengan itu kita sudah menjadi orang tua. Yang muda pula semakin meningkat naik. Saya akan SMS dengan awak kadang-kadang, berbual mengenai orang-orang muda ini. Mereka akan berdepan dengan cabaran yang sukar dan persaingan yang banyak untuk menjadi juara. Bukannya seperti dulu yang mana hanya kita berdua sahaja.

Secara jujurnya, memang rasa sunyi. Tetapi setiap kali saya berdepan dengan awak, saya boleh melepaskan semua potensi dalam diri ini menentang awak. Hanya awak yang layak untuk saya hadapi setelah berlatih untuk masa yang lama.

Di Rio, ini adalah Olimpik keempat saya. Pada peringkat suku akhir, ia mengambil sedikit usaha untuk mengalahkan pesaing dari India. Bila saya hampir tewas, saya teringat akan janji saya pada awak untuk bertemu di separuh akhir.

Kali ke 37, kita bertemu lagi. Benar, bila saya tewas kepada awak, saya langsung tidak kecewa. Awak pesaing terhebat saya. Saya rela tewas kepada awak tanpa sebarang rasa kesal. Bila saya peluk awak, saya rasa seolah-olah kita berada di 10 tahun yang dulu. Saya akan simpan jersey awak untuk beritahu anak saya.

“Ada seorang pakcik bernama Lee Chong Wei, pesaing terhebat ayah dan juga kawan baik ayah,”

Semoga berjaya di perlawanan akhir. – Lin Dan

Inilah semangat kesukanan, inilah juga persahabatan. Biar tewas di mata dunia, namun di hati mereka masih berkawan baik. Moga dua lagenda ini menjadi contoh anak-anak muda untuk maju dalam bidang sukan badminton.

LEAVE A REPLY