“Dia nyawa saya, lindungilah dia. Lama sangat (dah) ni. Last minum susu pukul 8 malam.

“Tolong siapa-siapa terjumpa, tolonglah jaga dia dengan baik. Dia anak paling baik. Tolonglah saya,” rayu Siti Noorfadilah Yusofe, ibu kepada bayi yang dilaporkan hilang pada awal pagi tadi.

Baca: Bayi perempuan diculik, ibu minta bantuan orang ramai

Anak saya betul-betul hilang, bukan menipu. Tolonglah, jika terjumpa, jagalah beliau sebaik mungkin.

“Dia nyawa saya. Apa guna saya hidup jika dia tiada. Bukan untuk meraih simpati, tapi untuk anak dijumpai. Tolonglah saya sehingga anak saya dijumpai. Dia anak yang baik. Baik sangat-sangat,” katanya.

Nur Aisyah Hasmizan, 1 tahun 5 bulan, diculik dari kediaman neneknya di Sungai Terap, Muar, Johor dan dua telefon bimbit jenis Oppo dan Vivo milik mangsa dan ibunya dilarikan.

Kehilangan Nur Aisyah disedari oleh ibu bapanya pada jam 4.50 pagi yang bangun untuk bersahur.

“Saya dapati dua telefon bimbit milik anak saya dan isteri saya telah hilang bersama anak bongsu saya.

“Kemudian mak mertua saya telah sedari pintu belakang rumah telah terbuka.

“Sebelum itu isteri saya yang berada di rumah masih belum tidur pada jam lebih kurang 3.00 pagi,” menurut laporan polis yang dibuat oleh bapa mangsa, Hasmizan Othman.

Terdahulu, Siti Noorfadilah Yusofe merayu orang ramai menyebarkan gambar anaknya agar mangsa segera ditemui.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.