Laman web FAM digodam gara-gara harga tiket RM50!

Laman web FAM digodam gara-gara harga tiket RM50!

Lantaran kenaikan harga tiket Perlawanan Akhir Piala Malaysia yang melampau oleh FAM, laman sesawang rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia itu telah digodam “hacked” oleh individu tidak dikenali.

Gambar harimau pada logo rasmi FAM, ditukar kepada gambar seekor babi berwarna merah jambu (pink) digabungkan dengan logo lambang duit. “Persatuan Bola Sepak Malaysia” ditukar kepada “Tuan Bola Sepak Malaysia” dengan cara memangkah tulisan “persa”.

Petikan berita dari laporan Harian Metro bertajuk “Harga Tiket RM50 Wajar” yang melaporkan keengganan FAM menurunkan harga tiket RM50 tersebut turut dimasukkan di laman sesawang tersebut.

Anda boleh melihat sendiri keadaan Laman Sesawang Rasmi FAM, rujuk sini [FAM]. Bagi yang tak sempat melihat, di bawah ini printscreen laman web tersebut.

Selain itu, penuh kata-kata makian yang dilemparkan kepada FAM. Penggodam menggelarkan FAM sebagai “si kapitalis anjink” dan makian-makian lain seperti “fuck FAM”, dan “FAM Anjink” sambil menyatakan bantahan terhadap harga tiket RM50 yang dikenakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.