Penyanyi Anuar Zain mendedahkan lagu-lagu yang dinyanyikan menjadi insiprasi dan semangat untuk seorang peminatnya yang menghadapi masalah rumahtangga.

Anuar berkata peminatnya itu sendiri mengakui dia berjaya menempuh kesukaran hidup selepas dicerai dengan mendegar lagu-lagu dendangannya.

BACA: Lelaki Sakit Mental Sembuh Lepas ‘Layan’ Lagu Anuar Zain

“Sebenarnya ramai peminat yang datang kepada saya dan memberitahu selama ini mereka menjadikan lagu-lagu saya sebagai inpirasi dan semangat dalam hidup mereka.

“Kebanyakannya berjaya bertemu jodoh dan kekasih masing-masing selepas mendengar lagu-lagu seperti Lelaki Ini dan Keabadian Cinta.

“Paling terharu apabila ada seorang peminat datang kepada saya memberitahu dia baru sahaja mengalami masalah rumahtangga dan sudah bercerai.

“Katanya lagu-lagu saya membantu dia mendapat semangat baru meneruskan hidup,” katanya.

LEAVE A REPLY