KUALA LUMPUR – Baru empat hari ditayangkan di pawagam, filem seram kontroversi Dukun terbitan Astro Shaw sudah mencatat kutipan memberangsangkan iaitu sebanyak RM6.2 juta.

Perkara itu diumumkan Datin Seri Umie Aida yang memegang watak utama sebagai Diana Dahlan di dalam filem tersebut melalui laman sosialnya.

“Alhamdulillah, kutipan tayangan filem Dukun telah mencapai RM6.2 juta. Terima kasih Malaysia. Sokongan anda semua sangat-sangat membantu industri perfileman negara,” tulis Umie.

Terdahulu, Dukun yang menanti 12 tahun untuk ditayangkan kepada peminat telah mencipta tular tersendiri di media sosial apabila menjadikan klip perempuan berkebaya merah dengan tujuan mempromosi filem.

Selain Umie, naskhah tulisan Huzir Sulaiman serta arahan pengarah profilik Dain Said itu turut dibintangi barisan pelakon handalan tanah air seperti Faizal Hussein, Namron, Hasnul Rahmat, Elyana, Sofi Jikan, Adlin Aman Ramli, Allahyarham Ramli Hassan, Bront Palarae, Chew Kin Wah, Avaa Vanja dan Jason Chong. – K! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here