Kotak hitam pesawat Sukhoi yang terhempas di Jawa Barat ditemui | Blog Berita Online

Kotak hitam pesawat Sukhoi yang terhempas di Jawa Barat ditemui

May 16th, 2012 0 Comments Luar Negara

Pasukan mencari dan menyelamat Indonesia semalam menemui kotak hitam pesawat Sukhoi Russia, sekali gus boleh menjelaskan bagaimana kesilapan juruterbang veteran sehingga mengakibatkan pesawat terhempas di kawasan pergunungan yang mengorbankan 45 penumpang, minggu lalu.

Ketua Operasi mencari dan menyelamat, Ketut Parwa, berkata pihaknya menjumpai kotak hitam berkenaan kira-kira jam 10 pagi (waktu tempatan) berhampiran lokasi nahas di Gunung Salak di Jawa Barat.

“Ia dijumpai kira-kira 100 meter dari lokasi bangkai sayap kapal terbang yang ditemui,” katanya.

Pasukan mencari dan menyelamat Indonesia dan pakar dari Russia dikerah ke kawasan hutan berhampiran bagi mencari kotak hitam itu sejak beberapa hari lalu untuk mengenal pasti sama ada nahas berpunca daripada masalah teknikal atau kecuaian manusia yang mengakibatkan jet Sukhoi terhempas.

berita penuh

Incoming search terms:

Sign up free email newsletter

Stay Updates with this Blog. Get Free email newsletter updates, Enter your Email here:

Don't forget to confirm your email subcription

Leave a Reply to this Post

Stats
Entertainment Blogs Entertainment Blogs Blogged.my Kedai Backlink,Backlink Percuma lebih007's Profile on Ping.sg