serdang-1Satu kebakaran kecil berlaku di Hospital Serdang pagi tadi selepas fius elektrik di tingkat satu hospital berkenaan terbakar.

The Star melaporkan, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 9.16 pagi dan tiba di lokasi pada 9.26 pagi.

Menurutnya, kebakaran tersebut berjaya dipadamkan kakitangan hospital sebelum anggota tiba di lokasi kejadian.

kotak-fius

“Kejadian dipercayai berpunca daripada lampu siling yang gagal berfungsi di tingkat satu bangunan hospital.

“Namun, tiada kerosakan serius dilaporkan,” katanya.

Jelasnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan susulan kejadian tersebut.

LEAVE A REPLY