Konsert Girls’ Generation (SNSD) Di Malaysia 23 & 24 Mac 2012 | Blog Berita Online

Konsert Girls’ Generation (SNSD) Di Malaysia 23 & 24 Mac 2012

March 23rd, 2012 0 Comments Artis Luar Negara, Hiburan

Kumpulan K-Pop terkenal dari Korea iaitu Girls’ Generation akan mengadakan konsert pertama mereka di Malaysia pada Mac tahun ini. Kumpulan yang turut dikenali sebagai SNSD itu dianggotai 9 orang ahli iaitu Taeyeon, Hyoyeon, Seohyun, Sooyoung, Yoona, Jessica, Tiffany, Sunny dan Yuri. Mereka bukan saja mempunyai rupa paras yang cantik tetapi berbakat dalam nyanyian dan tarian.

Konsert percuma selama 2 hari yang akan diacara oleh personaliti televisyen, Jojo Struys bakal menyaksikan penyanyi kumpulan Pussycat Dolls, Nicole Scherzinger dan kumpulan wanita K-Pop terkenal, Girls’ Generation serta artis tempatan seperti James Baum, Reshmonu dan DJ Nadine membuat persembahan pada 23 Mac.

Manakala gitaris rock kelahiran Australia, Orianthi dan juga Kelis yang masih dikekalkan akan mengambil alih pentas persembahan bersama Faizal Tahir dan DJ Nikki pada konsert 24 Mac pula yang akan diacarakan oleh Miss Universe Malaysia 2011, Deborah Henry.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan dua tiket Zon Peminat (Fan Zone) bolehlah membeli barangan berjumlah RM150 di 2012 Formula 1TM PETRONAS Malaysia Grand Prix Showcase yang diadakan di tingkat bawah Suria KLCC. Manakala empat tiket akan diberikan sekiranya berbelanja sebanyak RM300. Tiket adalah untuk kegunaan kedua-dua hari konsert.

Untuk maklumat, jalan di sekitar lokasi konsert akan ditutup bermula jam 5 petang sehingga 3 pagi pada kedua-dua hari. Konsert Twin Towers @ Live 2012 dijangka bermula sekitar jam 6.30 petang.

Kepada peminat setia kumpulan Girls’ Generation a.k.a SNSD, jangan lepaskan peluang ini untuk datang ke Konsert Girls’ Generation Malaysia 2012 (SNSD) Twin Towers@Live 2012.

Incoming search terms:

Sign up free email newsletter

Stay Updates with this Blog. Get Free email newsletter updates, Enter your Email here:

Don't forget to confirm your email subcription

Leave a Reply to this Post