Alor Gajah – Penyanyi tersohor, Anuar Zain baru pulih sebanyak 80 peratus ketika ini sejak menghidap Laryngitis yang menyebabkan konsert Yonder Music Live Series By The Lake: Anuar Zain & You terpaksa dibatalkan pada bulan lalu.

Menurut Anuar, dia mengalami tekanan dan kemurungan teruk selepas konsert yang dijadualkan pada 21 Januari lalu di Panggung Anniversari, Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur terpaksa dibatalkan ekoran keadaan kesihatannya.

BACA: Lagu Anuar Zain Bantu Pulih Emosi Peminat Diceraikan Suami

“Sehari sebelum konsert, saya tiba-tiba kehilangan suara kerana menghidap Laryngitis yang melibatkan kotak suara dan dinasihati oleh dua doktor pakar untuk tidak meneruskan konsert itu.

“Pembatalan konsert itu memberikan tekanan dan saya menjadi murung serta fobia untuk menjanjikan konsert seterusnya kepada peminat setia,” katanya ketika ditemui dalam program Anuar Zain Album Tour 2017 di Mydin Pulau Sebang, di sini hari ini.

Bersempena program tersebut, Anuar dijangka akan menemui peminatnya di tiga lokasi Mydin di Sarawak dan dua di Semenanjung sehingga 30 April depan.

LEAVE A REPLY