Konsep dan takrifan Sistem Pengangkutan dalam tugasan kerja kursus Geografi PT3 2016. Calon dikehendaki untuk menghuraikan konsep dan takrifan mengenai sistem pengangkutan dengan tepat dan betul beserta huraian dan contoh. Markah penuh bagi tugasan ini adalah 5 markah (bagi setiap isi penting, huraian, contoh).

Konsep & Takrifan Sistem Pengangkutan Geografi PT3 2016

Sistem pengangkutan boleh ditakrifkan sebagai sebuah jentera yang memudahkan pergerakan dari satu destinasi ke destinasi lain. Ia juga boleh didefinisikan sebagai kenderaan yang mampu memendekkan jarak perjalanan yang jauh. Selain itu, sistem pengangkutan juga membawa muatan seperti penumpang dan barang antara dua lokasi yang berbeza.

Konsep sistem pengangkutan adalah cukup mudah iaitu menjimatkan masa, tenaga dan memudahkan penghantaran dari satu lokasi ke lokasi lain. Dari segi masa, ianya mampu bergerak dengan laju lantas menjimatkan masa dan menyingkatkan jarak perjalanan. Dari segi tenaga, sistem enjn bermotor yang dikuasakan oleh bahan api membantu menggerakkan kenderaan lantas menjimatkan tenaga berbanding mengayuh basikal. Dari sesi kemudahan, sistem pengangkutan berupaya membawa barang muatan yang berat ke lokasi yang ingin dituju.

Sistem pengangkutan di Malaysia juga boleh dikelaskan kepada tiga bahagian antaranya adalah Pengangkutan Darat, Udara dan Air. Contoh pengangkutan darat adalah seperti bas, kereta dan teksi yang menggunakan jalan raya sebagai penghubung utama. Manakala kereta api juga merupakan salah satu pengankutan darat yang menggunakan landakan keretapi. Manakala contoh pengangkutan udara seperti kapal terbang yang menggunakan medium ruang udara. Contoh pengangkutan air pula seperti feri dan kapal menggunakan medium sungai atau laut.

Markah Penuh (5 Markah)

LEAVE A REPLY