Koleksi Pantun SMS Tahun Baru 2012

By | December 30, 2011

Tak lama lagi kita akan menjengah ke tahun yang baru iaitu tahun 2012. Bagaimana dengan azam tahun dah ade ke belum? Ke korang perbaharui azam yang tahun ni je. Apapun, sempena dengan tahun baru 2012 ni, tidak sah kiranya kalau tidak menghantar SMS tahun baru kepada rakan kan. So kat sini, kami dah sediakan beberapa pantun SMS Tahun Baru 2012.


Jiwa akan sepi tanpa teman
Hati akan mati tanpa iman
Hari ini adalah kenyataan,
Semalam adalah kenangan
Esok adalah impian
Sucikan hati jernihkan fikiran
Semoga 2012 terlaksana impian

Buka tangan dapat persahabatan
Buka mata dapat pemandangan
Buka handphone dapat pesanan
Buka pesanan dapat ucapan
Selamat Tahun Baru 2012!!

Angin menderu di Danau Toba
Terbang gagak hinggap di tebat
Tahun baru menjelang tiba
Apakah tertunggak hutang ibadat?

Buah papaya buah kuini
Buah duku mari diikat
Azam saya pada tahun ini
Hendak meluku murid yang jahat

Ada mertua ada menantu
Sama-sama pakai baju biru
Tahun baru di depan pintu
Datang bersama harapan baru

Pohon gaharu tak boleh dimakan
Pohon cemara tumbuh ditaman
Selamat tahun baru admin ucapakan
Pelawat WOWBERITA yang cukup budiman

ps: jangan lupa untuk share page ni kat FB korang ataupun tweet kat Twitter :)

Incoming search terms:

Leave a Reply