Klip Video Resipi Cinta Yang Kontroversi
Klip video Resipi Cinta yang menampilkan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mendapat reaksi kurang menyenangkan masyarakat kerana menggunakan makanan untuk menunjukkan protes kepada kilang nadir bumi yang sedang dalam pembinaan di Gebeng.
Fuziah sebagai Chef Wani melalui klip video bertajuk Resipi Cinta (Love Dish) menggunakan sotong berkepala ikan, ayam berkepala dua, udang berwarna warni dan kepala kambing yang digambarkan seolah-olah terkena radiasi.
Klip video itu juga memaparkan penggunaan beberapa peralatan besi yang kononnya boleh membuang radiasi.
Video berdurasi 4.44 minit yang dimuat naik melalui laman Youtube pada 13 November 2011 itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengunjung laman itu.
Sehingga semalam seramai 133 menyukai laman itu dan 114 tidak menyukainya.
Share this article
Sign up free email newsletter
Stay Updates with this Blog. Get Free email newsletter updates, Enter your Email here:Don't forget to confirm your email subcription





