KL Gangster 2 – Rosyam Nor pegang watak utama | Blog Berita Online

KL Gangster 2 – Rosyam Nor pegang watak utama

September 24th, 2011 1 Comment Hiburan

Dalam Filem KL Gangster 2, Rosyam Nor akan jadi hero atau watak utama? Tapi apa yang pasti Rosyam Nor akan muncul dalam Filem KL Gangster 2 nanti. Setelah berjaya dengan kutipan pecah panggung RM12 juta melalui filem aksi, KL Gangster, Syamsul bakal mengarahkan KL Gangster 2 yang menjanjikan andrenalin yang lebih bertenaga.

Malah, filem yang akan menelan belanja sekitar RM3 juta itu turut menampilkan Rosyam Nor, sebagai tunjang utamanya. Menurut Syamsul, dia sebenarnya sudah merisik Rosyam sejak KL Gangster namun disebabkan jadual pelakon tersebut padat, dia terpaksa melupakan hasratnya itu.

“Jadi, apabila Rosyam memberitahu saya dia mempunyai masa untuk berlakon dalam KL Gangster 2, saya menganggap ia sebagai satu peluang yang tidak patut dilepaskan.

“Selain itu, saya masih mengekalkan pelakon lain seperti Aaron Aziz, Adi Putra, Zizan Raja Lawak, Ridzuan Hashim serta Shoffi Jikan dalam filem ini.

Filem sekuel tersebut akan memulakan penggambaran pada November ini. sama-samalah kita nantikan kemunculan KL Gangster 2 ini.

Incoming search terms:

Sign up free email newsletter

Stay Updates with this Blog. Get Free email newsletter updates, Enter your Email here:

Don't forget to confirm your email subcription

One Response to “KL Gangster 2 – Rosyam Nor pegang watak utama”

  1. syieda says:

    errr. . . gmpk weyh. . . best giler crite nieyh. . . hope u guys suke. . .:P

 

Leave a Reply to this Post