Kerajaan Amerika Syarikat amat mempercayai bahawa ejen Korea Utara membunuh abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un di Malaysia, menurut sumber kerajaan negara berkenaan kepada Reuters, semalam.

Pihak berkuasa AS belum lagi dapat memastikan secara tepat bagaimana lelaki itu dibunuh, menurut sumber itu yang tidak memberi bukti kukuh untuk menyokong rumusan dibuat oleh kerajaan.

Sumber kerajaan dari Korea Selatan berkata, Kim Jong Nam dibunuh di Malaysia manakala seorang pegawai polis berkata punca kematian belum dapat diketahui.

Lelaki itu dilaporkan mati selepas kepalanya diserkup dengan kain mengandungi cecair di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), pagi Isnin lalu.

BACA: Abang Tiri Presiden Korea Utara Mati Dibunuh Di KLIA

Dalam kejadian sekitar jam 8 pagi itu, Jong Nam dilaporkan sedang berada di satu sudut di balai berlepas klia2 untuk menaiki penebangan ke Macau selepas tiba ke Malaysia sejak 6 Februari lalu.

LEAVE A REPLY