Pelari pecut negara, Khairul Hafiz meneruskan rentak cemerlang pada temasya SUKMA 2016 apabila mara ke pusingan akhir acara 200m pecut sebentar tadi.

Lebih membanggakan, Khairul Hafiz, 18, memecahkan rekod kejohanan berusia 14 tahun dengan catatan 21.14 saat pada separuh akhir pertama di Stadium Sawarak.

Rekod sebelum ini dipegang oleh pelari Terengganu, Nazmizan Mohammad dengan catatan 21.33 saat yang dicipta di SUKMA Sabah pada 2002.

Manakala, rekod kebangsaan 20.92 saat kekal milik Dr M. Jegathesan yang dicatat ketika SUkan Olimpik Mexico 1968.

Seorang lagi pelari pecut negara, Badrul Hisyam Abdul Manap turut mara ke akhir dengan catatan 21.33 saat.

Acara akhir akan berlangsung di venue yang sama petang esok.

LEAVE A REPLY