Penanaman pokok ketum di negara ini bakal meningkatkan pendapatan pekebun kecil melebihi RM1,000 sebulan bagi satu hektar berbanding RM150 hingga RM200 untuk tanaman kelapa sawit dan getah.

Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, jika kerajaan bersetuju, pihaknya akan melaksanakannya bagi membantu pekebun kecil.

Katanya, permintaan untuk tanaman itu sudah ada dari Amerika Syarikat dan Eropah untuk kegunaan pada musim sejuk.

“Mereka memberi tempoh dalam sebulan ini dan jika Malaysia tidak mampu membekalkan, negara berkenaan akan meminta dari negara lain.

“RISDA hanya mahu membantu meningkatkan pendapatan pekebun kecil, di samping hasil menoreh getah,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasminan Gerakan Peningkatan Produktiviti Peringkat Kelantan 2016 di TSB Sg Keladi, To’ Uban, di sini, hari ini.

Beliau berkata, pokok ketum boleh dituai dalam masa enam bulan sahaja.

LEAVE A REPLY