Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem dilaporkan telah meninggal dunia kira-kira jam 1.20 tengahari tadi di IJN Samarahan.

Di Twitter, Menteri Belia dan Sukan mengucapkan takziah kepada keluarga arwah dengan berkata: “Takziah kepada Puan Sri Jamilah & keluarga serta rakyat negeri Sarawak atas kembalinya ke Rahmatullah Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem. Al Fatihah.”

Selain itu, Ahli Parlimen Pengerang, Azalina Othman turut mengucapkan takziah di Twitternya sebentar tadi.

“Takziah atas pemergian YAB Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan Satem. Al-Fatihah”, tulis beliau.

Al-Fatihah.

LEAVE A REPLY