SUSULAN kejadian tembakan di hadapan sebuah restoran di Kampung Koh, Sitiawan malam tadi, pihak polis memaklumkan bahawa suspek telah membunuh diri menggunakan sepucuk pistol.

Mayat suspek, 62, ditemui di dalam kereta yang ditemui di tepi bangunan kedai di Simpang Dua, Sitiawan selepas gerakan memburu suspek dijalankan oleh pihak polis.

Selain itu, polis turut menemui senjata yang digunakan untuk menembak mangsa yang diletakkan di sebelah tempat duduk pemandu.

Menurut saksi, mangsa dan suspek dikatakan sedang minum bersama sebelum berlaku sedikit perselisihan faham.

Suspek yang berang telah menembak mangsa beberapa das menggunakan senapang patah mengakibatkan lengan kiri dan paha kanan mangsa hancur.

Bagaimanapun, punca mereka bergaduh masih dalam siasatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.