Mangsa

Baru baru ini viral di media sosial apabila seorang guru pendidikan jasmani telah didapati bersalah atas pertuduhan merogol pelajarnya sendiri. Guru berkenaan didakwa telah merogol pelajarnya sebanyak dua kali di kediamannya pada tahun 2011 dan 2013.

Kes ini telah menimbulkan pelbagai reaksi di media sosial yang rata rata marah terhadap cikgu ini. Cikgu Ezlie juga bakal dikenakan hukuman penjara selama 24 tahun dan 12 sebatan atas dua pertuduhan tersebut.

Mohd Ezlie Azram Mohammad Khasasi, 38, dihukum penjara 24 tahun dan 12 sebatan selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan merogol anak muridnya.

Namun, semalam seorang pengguna Facebook yang mendakwa dirinya bekas pelajar silat cikgu tersebut telah mendedahkan identiti mangsa dan mendakwa cikgu berkenaan cuma menjadi mangsa fitnah.

Penuduh seorang pelajar bermasalah

Penuduh menyimpan video dan gambar lucah

Saya yakin cikgu tidak bersalah

Sumber: Nurhafizah Bt Husin

LEAVE A REPLY