KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu membayar RM22 bilion pampasan sekiranya mahu menamatkan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Memetik laporan portal Malaysian Insight, hampir 20 peratus projek tersebut melibatkan fasa pertama sudah siap sekali gus memaksa kerajaan mengeluarkan pampasan dan penalti yang tinggi.

“Dokumen tersebut menunjukkan pakej pampasan ini termasuk pembayaran kepada pembekal, kos rombakan, prinsipal pinjaman, caj faedah dan komitmen bekalan dan perkhidmatan.

“Sebarang pertikaian mengenai jumlah pampasan mungkin diselesaikan melalui timbang tara, satu proses yang boleh mengambil masa beberapa tahun,” katanya.

Landasan kereta api dari Kelantan ke Pelabuhan Klang itu menjadi tumpuan kritikan selepas projek yang dilihat menelan belanja RM66 bilion itu sebagai tinggi dan tidak mampu dilaksanakan negara.

Malah lebih membebankan adalah kontrak yang ditandatangani bersama Exim Bank of China.

Pinjaman dengan institusi kewangan itu tidak mempunyai klausa penamatan dan sebarang penamatan kontrak jika memungkiri pinjaman perlu dibayar balik dalam tempoh 30 hari perniagaan.

Exim Bank menyediakan 85 peratus pembiayaan pinjaman untuk projek ECRL dan selebihnya disediakan bank tempatan melalui pembiayaan sukuk.

“Kerajaan turut menyuarakan kebingungannya mengenai masalah infrastruktur yang ditandatangani antara kerajaan terdahulu dan syarikat dari China.

“Aduan utama ialah harga yang melambung bagi semua projek ini dan kebergunaannya kepada Malaysia,” katanya.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.