Keputusan Rayuan & Ambilan Kedua Matrikulasi 2011

By | June 3, 2011

Keputusan rayuan dan ambilan kedua Matrikulasi sesi 2011/ 2012 boleh disemak mulai 4 Jun ini bagi mereka yang gagal mendapat tawaran semasa keputusan permohonan untuk memasuki Kolej Matrikulasi bagi sesi 2011/2012 pada penghujung April yang lalu. Semakan boleh dibuat mulai 4 Jun 2011, pukul 12 tengah malam.

Semakan Melalui Internet

Laman web Kementerian Pelajaran di Semakan Tawaran Kemasukan Ke Kolej Matrikulasi Sesi 2011/2012.

Semakan Melalui SMS

Ambilan Kedua: Taipkan MOE MAT No. MyKad dan hantarkan ke 15888
Contoh : MOE MAT 930101041234

Calon Rayuan: Taipkan MOE MAR No. MyKad dan hantarkan ke 15888
Contoh : MOE MAR 930101041234

Semakan Melalui Telefon

Telefon terus ke Talian Bantuan Matrikulasi di 03 8884 4083 dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada hari bekerja.

Pendaftaran Matrikulasi

Mereka yang berjaya mendapat tawaran ke Matrikulasi perlu mendaftarkan diri ke Kolej Matrikulasi yang telah ditetapkan pada 6 Jun 2011.

Surat tawaran, dokumen pendaftaran dan borang perjanjian perlu dicetak sendiri oleh pemohon dan dibawa semasa hari pendaftaran.

Pemohon yang berjaya diminta untuk menghubungi terus kolej penempatan atau melawat laman web kolej yang berkenaan untuk maklumat surat tawaran dan dokumen lain.

Pertanyaan

Sila hubungi terus Kolej Matrukulasi yang ditawarkan atau Bahagian Matrikulasi KPM di talian 03 8884 4083 atau faks 03 8884 4028 jika terdapat sebarang pertanyaan.

Sila rujuk laman web Bahagian Matrikulasi KPM untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Incoming search terms:

2 thoughts on “Keputusan Rayuan & Ambilan Kedua Matrikulasi 2011

    1. akmasaupi

      asenya yg 2 thun skali r…i think la..untk kpstian bek kol phak matrikulasi sndri..

      Reply

Leave a Reply