Keputusan rasmi Pilihanraya Kecil PRK Tanjong Datu Sarawak pada 18 Februari 2017. Pilihanraya kecil Tanjong Datu menyaksikan pertembungan antara tiga calon iaitu Datuk Amar Jamilah Anu yang mewakili Barisan Nasional (BN), Rapelson Richard Hamit (PBDS Baru), Johnny Aput (Star). Tujuan PRK Tanjong Datu diadakan semula berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Adenan Satem daripada BN pada 11 Januari 2017 yang lalu akibat komplikasi jantung.

Keputusan Rasmi Pilihanraya Kecil Tanjung Dato 18.2.2017

1. Datuk Amar Jamilah Anu – Barisan Nasional (BN)

Bilangan Undi: 6,573

Undi Majoriti: 6,443

Status: BN menang pertahan kerusi DUN Tanjung Datu

2. Johnny Anak Aput – Parti Reformasi Negeri (STAR)

Bilangan Undi: 130

Undi Majoriti: –

Status: Tewas

3. Rapelson Richard Hamit – Parti Bangsa Dayak Sarawak baru (PBDS)

Bilangan Undi: 108

Undi Majoriti: –

Status: Tewas

Rasmi : Barisan Nasional (BN) menang bergaya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjong Datu dengan faktor ‘Semangat Adenan’ menjadi pendorong utama kejayaan besar itu. Calon BN, Puan Sri Jamilah Anu yang juga balu Allahyarham Tan Sri Adenan Satem, memperoleh 6,573 undi dengan kelebihan majoriti 6,443 undi.

LEAVE A REPLY