Keputusan rasmi pemenang Pentas Epik 3 Juara TV3 pada Ahad 15 Januari 2017. Malam kemuncak Pentas Epik 3 Juara menghimpunkan pemenang setiap kategori bagi menentukan ‘Juara antara juara’ program 3 Juara TV3. Saksikan siaran langsung Pentas Epik 3 Juara yang dibawakan secara live dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral menerusi TV3 bermula jam 9 malam. Manakala keputusan rasmi Pentas Epik 3 Juara akan dikemaskini sepanjang program berlangsung.

Senarai Finalis Pentas Epik 3 Juara TV3

  1. Kudien (Rock)
  2. Salma (Balada)
  3. Azizul (Irama Malaysia)

Keputusan Pemenang Pentas Epik 3 Juara TV3

Rasmi: Salma dinobat sebagai pemenang Pentas Epik 3 Juara menewaskan Kudien dan Azizul. Dengan kemenangan itu, Salma menerima hadiah berupa wang tunai berjumlah RM100,000. Tahniah diucapkan buat Salma di atas kemenangan itu.

LEAVE A REPLY