Keputusan penuh konsert final 3 Juara 2016 TV3. Program realiti 3 Juara kini berada di pentas akhir pada Ahad, 8 Januari 2016. Konsert akhir 3 Juara akan disiarkan secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral bermula jam 9 malam. Enam finalis antaranya Kudien, Eva Maria, Aizul, Nura, Salma dan Hady akan berentap merebut gelaran juara bagi setiap genre iaitu Rock, Balada dan Irama Malaysia. Pemenang bagi setiap genre akan berentap di Pentas Epik 3 Juara pada 15 Januari untuk merebut gelaran juara keseluruhan termasuk wang tunai RM100,000.

Keputusan Rasmi Final 3 Juara 2016 TV3

Balada

  • Juara – Salma
  • Naib Juara – Hady


Rock

  • Juara – Kudien
  • Naib Juara – Eva Maria


Irama Malaysia

  • Juara – Azizul
  • Naib Juara – Nura


Nota: Tahniah kepada semua pemenang 3 Juara bagi setiap kategori. Setiap pemenang akan menerima wang kemenangan berjumlah RM50,000 manakala naib juara pulang dengan RM20,000. Pemenang bagi setiap genre akan berentap di Pentas Epik 3 Juara pada 15 Januari bagi merebut hadiah keseluruhan RM100,000.

LEAVE A REPLY