JOHOR BAHRU – Pahang berjaya menundukkan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan suku akhir kedua Piala FA sebentar tadi dengan keputusan 3-0.

Perlawanan yang berlangsung di gelanggang keramat Harimau Selatan, Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin itu menyaksikan pemain import Pahang, Patrick Dos Santos muncul wira dengan jaringan hatrik.

JDT bagaimanapun berpeluang mendapatkan jaringan awal seawal minit ke-6 namun percubaan Gonzalo Cabrera sedikit tersasar daripada gawang pelawat.

Pahang memanfaatkan peluang di hadapan gol apabila Dos Santos berjaya menolak bola melepasi jangkauan Farizal Marlias pada minit ke-9.

Dos Santos berjaya menggandakan jaringan pada minit ke-58 selepas menerima hantaran lintang M. Kogileswaran.

Dos Santos sekali lagi muncul wira Pahang dengan tendangan menarik melepasi jangkauan Farizal pada minit ke-76, melengkapkan hatriknya untuk skuad Tok Gajah.

Kemenangan Tok Gajah turut menyaksikan pasukan tuan rumah tewas buat kali pertama di halaman sendiri selepas dalam saingan Liga Malaysia sejak 2015. – UTUSAN ONLINE

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.