Kepala hancur dikisar pembajak

Keseronokan seorang budak lelaki menaiki jentera pembajak bersama bapa saudaranya berakhir dengan tragedi apabila mangsa maut apabila kepalanya hancur dikisar bilah pembajak selepas terjatuh dari jentera itu di Kampung Kubang Palas di Kuala Nerang kelmarin.

Sebelum kejadian pukul 10 pagi itu, mangsa Muhammad Fariz Najmi Nurizan, 9, sangat gembira untuk mengikut bapa saudaranya, Habibullah Halim, 27, membajak tanah sawah yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumah mangsa.

Sebaik naik ke atas jentera jenis Ford 6600 dipandu Habibullah, Fariz memilih untuk duduk di bahagian kiri di tepi jentera pembajak tersebut.

Bagaimanapun, tidak sampai lima minit jentera pembajak itu bergerak, Fariz dipercayai terjatuh tanpa disedari bapa saudaranya.

Habibullah hanya menyedari Fariz hilang dari atas jentera pembajak selepas memandu kira-kira 30 meter.

Leave a Reply

Your email address will not be published.