Seorang kanak-kanak luka di kepala akibat terkena kaca akuarium yang terjatuh di kediaman keluarga di Taman Sri Rampai, di sini, tengah hari semalam.

Kanak-kanak berusia lapan tahun itu mengalami pendarahan teruk sehingga menyebabkan badannya berlumuran darah dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu.

Pegawai Pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur Leftenan Shahrul Kamar Mohd Johari berkata, pihaknya terpaksa memberi bantuan awal untuk menghentikan pendarahan sebelum mangsa dihantar ke hospital.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 1.20 tengah hari dan sepasukan anggota Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Dang Wangi bergegas ke lokasi.

“Difahamkan, ketika kejadian mangsa tinggal bersama neneknya berusia lingkungan 60 tahun sebelum terjatuh dan kepalanya terlanggar akuarium di lantai rumah berkenaan,” katanya.

Menurutnya, mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan susulan.

LEAVE A REPLY