Sepasang kanak-kanak kembar lelaki berusia tiga tahun ditemukan lemas selepas dipercayai merangkak masuk ke sebuah mesin basuh berisi air di sebuah pangsapuri di India, hari ini.

Timbalan Pesuruhjaya Polis (Rohini), M.N Tiwari berkata, kejadian itu berlaku ketika ibu pasangan kembar tersebut baru sahaja meninggalkan rumah mereka untuk mendapatkan sabun basuh dengan membiarkan pintu terbuka.

Katanya, pasangan kembar itu kemudian dikejarkan ke hospital berhampiran selepas dijumpai, namun, disahkan meninggal dunia di sana.

“Kejadian ini diklasifikasikan sebagai kes kemalangan setakat ini,” kata Tiwari yang memberitahu, mayat kedua-dua mangsa kini sedang dibedah siasat.

LEAVE A REPLY