Seorang pelajar maut digilis lori manakala rakannya cedera dalam kemalangan di Jalan Ulu Tiram-Johor Bahru selepas Stesen Penguatkuasa JPJ Ulu Tiram hari ini.

Dalam kejadian itu, mangsa yang juga penunggang motosikal maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di seluruh badan sementara rakannya mengalami patah kaki.

Menurut saksi, mangsa dikatakan cuba memotong lori tersebut namun gagal lalu merempuh sebuah kereta sebelum digilis lori tersebut.

LEAVE A REPLY