TELUK INTAN – Seorang wanita maut digilis lori setelah terlibat dalam kemalangan ngeri di Kilometer 4.5 Jalan Maharajalela dekat sini pagi Jumaat.

Difahamkan, insiden tragis yang berlaku sekitar 9 pagi itu turut menyebabkan badan mangsa berkecai dan cebisan daging bertaburan di tepi jalan raya.

Kejadian berlaku apabila mangsa tercampak selepas motosikal yang ditunggani bersama suami dan anak saudara perempuannya berusia tiga tahun terbabas kerana hilang kawalan.

Ketika mangsa tercampak dan terjatuh daripada motosikal, sebuah lori yang sedang menghampiri tempat kejadian tidak sempat membrek lalu mengilis mangsa.

Suami mangsa yang berusia 45 tahun bersama kanak-kanak mengalami kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata mangsa dan suam dalam perjalanan dari Hutan Melintang menghala ke Teluk Intan ketika kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, dipercayai suami mangsa gagal mengawal motosikal lalu terjatuh di atas permukaan jalan dan mangsa telah dilanggar oleh lori jenis Hino yang turut menghala ke Teluk Intan.

“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu motosikal dan budak perempuan itu mengalamai kecederaan parah di muka, tangan serta patah kaki kanan,”katanya ketika dihubungi Astro Awani pada Jumaat.

Marzukhi berkata, bedah siasat akan dijalankan di Unit Forensik Hospital Teluk Intan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here