Tahun lalu, kek hari jadi Neelofa bernilai RM6,000 pernah menjadi perbualan hangat netizen. Mana taknya, kek tersebut bertatahkan 5 ribu kristal Swarovski yang ditempah khas.

Tapi, tahun ini jauh lebih hebat. Sempena hari jadinya yang ke-28, Swarovski sekali lagi menghadiahkan kek mewah bernilai RM20,000.

Neelofa meraikan kek mewah tersebut bersama peminatnya bersempana pelancaran rangkaian tudung Lady Lofa by Naelofar Hijab di Publika semalam.

Memang cantik sangat kek tu. Rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut dengan nilai harga tersebut.

Ada juga yang menyatakan, harga kek tersebut sama seperti gaji orang biasa selama setahun.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY