Kedai emas dipecah masuk perompak, rugi RM10,000

Seorang pemilik kedai emas di Jalan Buluh Kubu, Kota Bharu, kerugian hampir RM10,000 selepas beberapa dulang barangan kemas dari kedainya dilarikan perompak yang memecah masuk melalui lubang yang ditebuk di belakang bangunan premis itu hari ini.

Pemilik kedai tersebut, Han Hip Kuan, 73, berkata, kejadian disedari pukul 9 pagi ini ketika dia membuka kedai untuk menjalankan perniagaan.

Katanya, penjenayah tersebut bagaimanapun hanya berjaya melarikan beberapa dulang emas kerana gagal membuka peti besi yang ada di dalam kedai itu.

“Masa saya buka kedai, saya tengok bahagian ruang pameran telah berselerak dan pintu bahagian belakang ke ruang pameran juga telah terbuka.

“Saya mengesyaki kedai saya telah dipecah masuk dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat lubang yang telah ditebuk pada dinding belakang kedai,” katanya ketika ditemui di kedainya.

Incoming search terms:

Leave a Reply

Your email address will not be published.