Kedah menjuarai Piala Malaysia 2016 selepas menewaskan Selangor pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, malam Ahad.

Gol kemenangan Helang Merah diperolehi menerusi penentuan penalti yang berakhir dengan nasib menyebelahi pasukan itu. Kedah menang dengan gol 6-5.

Mohd Rizal Mohd Ghazali menjadi wira Kedah apabila menyumbat masuk penalti keenam, sekali gus menjadi gol kemenangan buat pasukannya.

Beliau juga membawa Kedah mendahului Selangor 1-0 pada separuh masa pertama hasil jaringannya pada minit ke-51.

Pada minit ke-60, pemain Selangor Ahmad Hazwan Bakri berjaya mengikat kedudukan 1-1.

Keputusan seri itu mengheret perlawanan ke masa tambahan tetapi tetap berakhir tanpa sebarang gol daripada kedua-dua pasukan, membawa permainan kepada penentuan penalti.

LEAVE A REPLY