Pelakon Elfira Loy memberitahu diri sentiasa bersedia menjalinkan hubungan cinta dan berumah tangga, namun belum mempunyai lelaki yang sesuai.

Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 23, berkata, kebanyakan lelaki yang cuba mendekati tidak berjaya membuka pintu hatinya untuk dijadikan sebagai teman istimewa.

“Saya sentiasa bersedia untuk ke fasa seterusnya dalam kehidupan tetapi sehingga kini belum ada lelaki yang sesuai dan benar-benar serius untuk ke arah itu.

“Pada saya kalau lelaki itu betul-betul serius inginkan saya, mereka boleh terus masuk meminang kerana saya bukan seorang yang suka bercinta-cinta,” ujarnya selepas majlis pelancaran portal beli belah Haqqi, di Kuala Lumpur semalam.

LEAVE A REPLY