Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang dihantar ke rumah pengasuhnya dipercayai telah dirogol remaja lelaki berusia sekitar 17 tahun di Taman Desa Lang Indah, Ipoh pada awal November.

Difahamkan, remaja lelaki tersebut merupakan ahli keluarga pengasuh berkenaan dan insiden itu hanya diketahui oleh ibu kanak-kanak berkenaan beberapa hari selepas insiden.

Menurut sumber, anak perempuannya itu telah pulang ke rumah ibunya dan memberitahu bahawa dia berasa sakit di bahagian kemaluannya.

‎Ibunya telah membawa anaknya berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan telah dinasihatkan membuat laporan polis.

Difahamkan, kanak-kanak tersebut telah dihantar ke rumah pengasuh berkenaan sejak masih bayi dan berada di bawah jagaan pengasuh berkenaan ketika insiden itu berlaku.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong ketika dihubungi mengesahkan laporan berkenaan.
“Pihak kami sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai perkara ini, dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan” katanya.

LEAVE A REPLY