Gambar seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) yang menghadapi kesukaran mahu menukar kad banknya di sebuah bank tempatan, viral di media sosial.

Dalam insiden yang tidak dinyatakan tempat dan waktunya itu menunjukkan seorang lelaki OKU didakwa terpaksa beratur dan berdingkit-dingkit untuk menghulurkan ibu jari untuk diimbas pada alat pengimbas.

“OKU terpaksa beratur. Dengan tiada tangan dan kaki, terpaksa berdingkit-dingkit untuk cop ibu jari dan beri kad pengenalan.

“Kawe tegur, mohon diberi sedikit keistimewaan agar lelaki OKU ini dilayan di meja khas. Namun pegawai di kaunter yang bernama Zuraida menjawab dengan sinis.

Alah, biasa saja. Standard operation. Kami tak ada meja rendah. Tak apalah, gitu pun.

“OKU ini tiada tangan sampai siku dan kaki sampai lutut. Harap CIMB boleh memperbaiki perkhidmatan,” kata individu yang menyebarkan gambar tersebut.

Sementara itu di media sosial. netizen meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap insiden itu dan mula melemparkan komen-komen yang negatif terhadap bank berkenaan.

Bagaimanapun dalam respon awal CIMB Malaysia, mereka telah menerima laporan berhubung insiden itu dan akan mengambil tindakan selanjutnya.

“Kami sudah menerima laporan berhubung perkara ini dan akan bertindak selanjutnya. Maaf di atas sebarang kesulitan dan kami akan lebih peka berhubung isu ini,” kata CIMB Malaysia.

LEAVE A REPLY