Tindakan seorang lelaki yang telah memuatnaik status jelik ke laman sosial mengenai Yang Di Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V nampaknya telah mengundang reaksi negatif netizen.

“Tidak ada yang salahnya dengan menjadi seorang Agong yang rajin beribadah, Cuma nak cakap, kalau sekadar nak jadi ahli ibadah, letak sahaja jawatan Agong.. jawatan agong ada tanggungjawab horizontal, jawatan ahli ibadah ada tanggungjawab vertical…itu saja,” tulis lelaki itu di laman Facebook miliknya.

Kerana tulisannya itu, ramai netizen berang dengan menyifatkan beliau tidak menghormati atau menghina YDPA, ini kerana bagi mereka Agong adalah ketua agama di Malaysia, jika baginda bersolat ia adalah sebagai contoh ikutan kepada umat Islam di Malaysia.

Berikut adalah reaksi netizen.

Apapun pegangan kita, hormatilah YDPA sebagai ketua Agama Islam di Malaysia.