PAHOA: Seorang mangsa dilaporkan mengalami kecederaan serius selepas gunung berapi Kilauea di Hawaii meletus sekali lagi pada awal pagi Ahad.

Ini merupakan kes pertama dilaporkan melibatkan kecederaan orang awam selepas gunung berapi itu mula aktif pada awal bulan ini.

Advertisement

Mangsa yang merupakan penduduk di Noni Farms Road berada di balkoni ketika kejadian berlaku dan kakinya dilaporkan hancur akibat terkena percikan lava yang panas dan berat itu.

Namun tiada laporan lanjut susulan kejadian itu.

Lebih parah apabila limpahan blok lava gunung itu mula memenuhi lebuh raya yang menjadi jalan utama kepada penduduk di kawasan pantai untuk menyelamatkan diri.

Sebelum ini, limpahan lahar yang mengalir pantas dari gunung berapi tersebut memusnahkan empat buah rumah di Big Island.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.