Siapa yang tak sukakan raja segala buah iaitu buah durian. Ramai yang sanggup berbelanja ratusan ringgit untuk menikmati buah terseubt.

Terbaru, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kerajaan akan membuat kajian terhadap khasiat memakan durian yang dikatakan baik untuk kesihatan lelaki.

Memetik laporan Astro Awani, kajian tersebut adalah tambahan dari beberapa kajian dari seluruh negara kesan positif memakan buah durian.

Kajian dari luar negara sebelum ini mendedahkan buah durian mempunyai antioksida lebih tinggi. Kajian itu juga menjelaskan, kulit durian juga mempunyai antibiotik untuk melegakan batuk.

Durian juga sama seperti makanan lain, baik untuk dimakan tetapi dalam bentuk kesederhanaan.

Buah durian juga tidak elok dimakan berlebih-lebihan terutama kepada pesakit kencing manis.

Kerajaan akan memanggil badan berkaitan untuk melakukan kajian lebih lanjut tentang kesahihahan sama ada durian ini ada unsur baik untuk lelaki.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.