Baru-baru ini, lagu Pen-Pineapple-Apple-Pen (PPAP) yang dinyanyikan oleh pelawak dan penyanyi Jepun, Pikotaro diiktiraf oleh Guinness World Record sebagai lagu terpendek yang berjaya tersenarai dalam carta Billboard Hot 100 di Amerika Syarikat (AS).

Lepas lagu jadi kegilaan ramai, Kafe Pen-Pineapple-Apple-Pen pula akan dibuka di Tokyo.

Lebih menarik, kafe tersebut berwarna kuning dan bertemakan harimau bintang. Sama seperti baju yang dipakai oleh Pikotaro.

Bahagian depan kedai akan di kelilingi dengan foto Pikotaro serta imej nanas, pen dan epal.

Menu yang disediakan juga semuanya berasaskan nanas dan epal. ‘Coklat Pen’ merupakan manisan istimewa kafe tersebut.

Barangan cenderamata juga turu dijual di kafe tersebut. Khas untuk peminat fanatik Pikotaro!

LEAVE A REPLY