KUALA LUMPUR – Semua pembelian kad tambah nilai prabayar telefon bimbit dikecualikan daripada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, jika pengguna membeli kad tambah nilai sebanyak RM10, maka pengguna mendapat nilai yang sama.

“Kepada yang menggunakan prepaid, beritahu mereka apa yang dicakap sekarang tidak betul. Kita akan pastikan mereka dapat balik.

“Tidak patah payah buat dua kali (pemotongan cukai). Tiada ada pengurangan.

“Mengapa syarikat telekomunikasi menyebabkan hidup sukar? Takda kerja lain ke?,” katanya.

Beliau mengulas mengenai kekecohan tentang pengurangan nilai tambah kad prabayar kerana dikenakan Cukai Perkhidmatan 6 peratus.

Semalam, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Deo berkata, kenyataan rasmi mengenai isu yang menimbulkan kemarahan dalam kalangan pengguna perkhidmatan telekomunikasi itu akan dikeluarkan dalam waktu terdekat ini. – MalaysiaGazette

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.