Sebelum ini, aktres jelita Juliana Evans pernah membuat pengakuan yang dirinya sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang jejaka yang juga merupakan kerabat di-raja Selangor dan juga Johor.

Juliana kini lebih terbuka berkongsi tentang kisah hubungan percintaannya itu kepada umum. Namun, bagi Juliana, dirinya masih lagi belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga untuk setakat ini.

“Buat waktu ini, saya masih selesa menikmati kehidupan solo sebegini terlebih dahulu. Saya belum lagi bersedia untuk ke arah perkahwinan. Malah saya juga tidak tertekan melihat seorang demi seorang rakan artis yang lain berkahwin. Tetapi bagaimanapun Insya-Allah, setiap perkara yang baik pasti akan dipermudahkan olehNya di kemudian hari.

“Masih banyak perkara yang ingin saya lakukan sebelum diri terikat dengan sesiapa. Saya sendiri tidak perlu terkejar-kejar dalam soal itu. Mama juga tidak memaksa saya segera mendirikan rumah tangga. Namun jika diizinkan Tuhan, saya ingin mempunyai keluarga sendiri sebelum usia 30 tahun,” kata Juliana kepada Berita Harian Plus.

Juliana mengambil keputusan untuk bersifat terbuka akan soal ini kerana dirinya tidak mahu sebarang spekulasi yang bukan-bukan dari orang ramai serta peminatnya.

Selebriti muda ini juga turut pernah memuat naik beberapa keping gambarnya bersama seorang jejaka yang diakui oleh Juliana sendiri sudah mengenalinya hampir setahun.

LEAVE A REPLY